Posts

iPhone 7 Dengan Storan 256GB Tidak Lagi Ditawarkan Oleh Apple

Image
Storan yang besar pada peranti adalah antara faktor pembelian peranti oleh pengguna. Pada peranti yang tidak menyokong kad mikroSD, storan yang besar memastikan pengguna tidak perlu risau kekurangan ruang di masa hadapan. Bagi yang inginkan iPhone 7 dan 7 Plus dengan storan 256GB, anda perlu membelinya segera kerana ia tidak lagi akan ditawarkan oleh Apple. Sekiranya anda ke laman rasmi Apple, hanya storan 32GB dan 128GB sahaja ditawarkan untuk kedua-dua peranti. Pilihan storan 256GB hanya ditawarkan pada iPhone 8, 8 Plus dan X. Penghentian model iPhone 7 dengan storan besar ini telah disahkan sendiri wakil Apple menurut laporan  Mashable . Sekali kepada mereka yang inginkan model dengan storan terbesar anda perlu membelinya sekarang dari penjual rasmi sebelum ia tidak lagi boleh dimiliki.

Apple Mula Menjual Sampul Kulit Untuk MacBook 12 Inci Pada Harga RM679

Image
MacBook 12 inci ialah antara komputer riba yang dijual pada harga premium di pasaran. Ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM 5999 sebuah. Oleh itu pemilik perlu membeli aksesori bagi memastikan komputer riba ini tidak terdedah kepada kerosakan. Apple sudah mula menawarkan sampul kulit rasmi untuk MacBook 12 inci di Malaysia. Sampul kulit ini dihasilkan mengagungkan kulit dari Itali. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu coklat dan biru. Ini adalah warna yang sama seperti kerangka kulit yang dihasilkan untuk iPhone 8 dan iPhone X. Di Malaysia sampul kulit MacBook 12 inci ini dijual pada harga  RM 679 sebuah.

Apple iPhone X Dilengkapi Dua Biji Bateri

Image
Apple tidak meletakkan spesifikasi saiz bateri yang digunakan pada iPhone dan iPad. Ia hanya diketahui apabila peranti memasuki lama pensijilan seperti TENAA di China. Pada iPhone X sudah diketahui ia  dilengkapi bateri sebesar 2716 mAh . Saiz ini harus diakui agak aneh tetapi misteri akhirnya terungkai setelah sebuah video iPhone X dibuka muncul ke arena web. iPhone X didapati menggunakan dua biji bateri yang disusun dalam bentuk L. Ini ialah kali pertama iPhone dilengkapi dua bateri. Sebelum ini Apple telah menyusun beberapa sel bateri secara bertingkat di dalam MacBook 12″. Susuan bateri yang tidak konvensional di dalam iPhone X ini adalah kerana keperluan memasukkan sebanyak mungkin komponen ke dalam kerangka yang kecil. iPhone X

Nyahkunci Menggunakan Face ID Lebih Perlahan Berbanding Touch ID

Image
Apple komited terhadap penggunaan sistem imbasan wajah Face ID pada iPhone X dengan tidak menyertakan pengimbas cap jari Touch ID. Malahan sudah kedengaran ura-ura Face ID akan digunakan pada kesemua peranti iOS bermula tahun hadapan. Sebab yang diberikan ialah Face ID selebih selamat berbanding Touch ID. Tetapi apakah kontra kepada penggunaan Face ID? Menurut laporan Tom’s Hardware, perbezaan paling ketara di antara dua sistem ini ialah kepantasan menyahkunci peranti. Apabila menggunakan Touch ID, peranti dapat dinyakunci dalam masa  0.9 saat . Face ID pula memerlukan  1.48 saat  untuk peranti dinyahkunci. Ini adalah kerana skrin perlu dihidupkan terlebih dahulu (menggunakan Raise to Wake) sebelum wajah diimbas dan kemudian pengguna perlu menatal skrin ke atas untuk menyakunci. Bandingkan dengan Touch ID di mana hanya jari perlu menekan butang  home  dan sistem menyahkunci terus tanpa sebarang tatalan jari pada skrin. Perbezaan masa nyakunci ini adalah k...

Face ID Tidak Akan Berfungsi Sekiranya Peranti Tidak Di Dalam Posisi Menegak

Image
Face ID ialah percaturan Apple untuk menjadikan peranti lebih selamat. Ia dikatakan lebih sukar ditumpaskan berbanding Touch ID. Ramai pengguna yang sedikit risau peranti boleh dinyakunci ketika mereka sedang tidur. Sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana Face ID tidak akan berfungsi sekiranya iPhone X tidak di dalam posisi menegak. Ini disahkan sendiri oleh laporan beberapa pengguna di laman media sosial yang cuba menyahkunci iPhone X ketika sedang berbaring.  Accelerometer  mengesan peranti dalam posisi mendatar dan Face ID tidak akan berfungsi. Ini menyelesaikan kerisauan peranti dinyakunci ketika pengguna sedang tidur dengan mata terbuka. Bagi yang kurang arif, Face ID memerlukan mata pengguna dibuka sebelum membenarkan nyahkunci. Apple telah memikirkan situasi kelemahan yang mungkin wujud pada sistem imbasan wajah mereka supaya pengguna tidak perlu risau.Tetapi ia mewujudkan masalah baru di mana pengguna perlu memasukkan kod laluan setiap kali peranti ingin dinyahkunci...

Set Import iPhone X Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Mencapai RM10k

Image
iPhone X adalah telefon berspesifikasi tinggi dengan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding iPhone 8 daripada Apple. Bermula minggu ini, telefon pintar ini telah ditawarkan di beberapa buah negara – termasuk di negara jiran kita, Singapura. Buat masa ini, Apple masih belum mengumumkan bilakah iPhone X akan ditawarkan di Malaysia, namun pengeluar peranti terkemuka berkenaan  telah mengumumkan harga jualan tempatan untuk iPhone X . iPhone X berharga RM5149 untuk versi 64GB di Malaysia, dan berharga RM5899 untuk versi 256GB di Malaysia. Walaupun Apple telah mengumumkan harga jualan rasminya, tetapi ia tidak menghentikan penjual peranti daripada mengimport set dari Singapura dan beberapa negara lain, dan menjualnya di Malaysia. Terdapat beberapa penjual yang telah mula menawarkannya pada harga sekitar RM7k ke RM8k, malah ada yang kami lihat menawarkannya pada harga mencapai RM10k. Seperti biasa, bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkannya, mungkin boleh ke Singapura untu...

iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Mula Ditawarkan Pada Diskaun Sehingga 11% Di Malaysia

Image
Pada minggu lepas,  kita sedia melihat iPhone 8 dijual pada harga potongan diskaun mencapai 20% di China . Kini, di Malaysia sendiri, ia dilihat Lazada telah mula menawarkannya pada harga diskaun sehingga 11% untuk model iPhone 8 Plus, dan sehingga 10% untuk model iPhone 8. Menariknya adalah set yang dijual ini bukan oleh pihak ketiga, tetapi oleh Lazada sendiri – dan hadir dengan jaminan Apple Malaysia. Melalui penyenaraian, iPhone 8 64GB ditawarkan pada harga RM3299, sementara iPhone 8 Plus 64GB pula ditawarkan pada harga RM3699. Dengan permintaan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang sedikit rendah – dan lebih ramai menantikan iPhone X, tidak mustahil kita melihat beberapa penjual lain turut mengikut jejak untuk melakukan perkara sama.