Apple iPhone X Dilengkapi Dua Biji Bateri

Apple tidak meletakkan spesifikasi saiz bateri yang digunakan pada iPhone dan iPad. Ia hanya diketahui apabila peranti memasuki lama pensijilan seperti TENAA di China. Pada iPhone X sudah diketahui ia dilengkapi bateri sebesar 2716 mAh. Saiz ini harus diakui agak aneh tetapi misteri akhirnya terungkai setelah sebuah video iPhone X dibuka muncul ke arena web.iPhone X didapati menggunakan dua biji bateri yang disusun dalam bentuk L. Ini ialah kali pertama iPhone dilengkapi dua bateri. Sebelum ini Apple telah menyusun beberapa sel bateri secara bertingkat di dalam MacBook 12″. Susuan bateri yang tidak konvensional di dalam iPhone X ini adalah kerana keperluan memasukkan sebanyak mungkin komponen ke dalam kerangka yang kecil.
iPhone X

Comments

Popular posts from this blog

Set Import iPhone X Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Mencapai RM10k

Face ID Tidak Akan Berfungsi Sekiranya Peranti Tidak Di Dalam Posisi Menegak

Apple Disaman Kerana Dwi-Kamera Yang Digunakan Pada iPhone 7 Plus Dan 8 Plus Didakwa Melanggar Paten