Posts

Showing posts from November, 2017

iPhone 7 Dengan Storan 256GB Tidak Lagi Ditawarkan Oleh Apple

Image
Storan yang besar pada peranti adalah antara faktor pembelian peranti oleh pengguna. Pada peranti yang tidak menyokong kad mikroSD, storan yang besar memastikan pengguna tidak perlu risau kekurangan ruang di masa hadapan. Bagi yang inginkan iPhone 7 dan 7 Plus dengan storan 256GB, anda perlu membelinya segera kerana ia tidak lagi akan ditawarkan oleh Apple. Sekiranya anda ke laman rasmi Apple, hanya storan 32GB dan 128GB sahaja ditawarkan untuk kedua-dua peranti. Pilihan storan 256GB hanya ditawarkan pada iPhone 8, 8 Plus dan X. Penghentian model iPhone 7 dengan storan besar ini telah disahkan sendiri wakil Apple menurut laporan  Mashable . Sekali kepada mereka yang inginkan model dengan storan terbesar anda perlu membelinya sekarang dari penjual rasmi sebelum ia tidak lagi boleh dimiliki.

Apple Mula Menjual Sampul Kulit Untuk MacBook 12 Inci Pada Harga RM679

Image
MacBook 12 inci ialah antara komputer riba yang dijual pada harga premium di pasaran. Ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM 5999 sebuah. Oleh itu pemilik perlu membeli aksesori bagi memastikan komputer riba ini tidak terdedah kepada kerosakan. Apple sudah mula menawarkan sampul kulit rasmi untuk MacBook 12 inci di Malaysia. Sampul kulit ini dihasilkan mengagungkan kulit dari Itali. Dua pilihan warna ditawarkan iaitu coklat dan biru. Ini adalah warna yang sama seperti kerangka kulit yang dihasilkan untuk iPhone 8 dan iPhone X. Di Malaysia sampul kulit MacBook 12 inci ini dijual pada harga  RM 679 sebuah.

Apple iPhone X Dilengkapi Dua Biji Bateri

Image
Apple tidak meletakkan spesifikasi saiz bateri yang digunakan pada iPhone dan iPad. Ia hanya diketahui apabila peranti memasuki lama pensijilan seperti TENAA di China. Pada iPhone X sudah diketahui ia  dilengkapi bateri sebesar 2716 mAh . Saiz ini harus diakui agak aneh tetapi misteri akhirnya terungkai setelah sebuah video iPhone X dibuka muncul ke arena web. iPhone X didapati menggunakan dua biji bateri yang disusun dalam bentuk L. Ini ialah kali pertama iPhone dilengkapi dua bateri. Sebelum ini Apple telah menyusun beberapa sel bateri secara bertingkat di dalam MacBook 12″. Susuan bateri yang tidak konvensional di dalam iPhone X ini adalah kerana keperluan memasukkan sebanyak mungkin komponen ke dalam kerangka yang kecil. iPhone X

Nyahkunci Menggunakan Face ID Lebih Perlahan Berbanding Touch ID

Image
Apple komited terhadap penggunaan sistem imbasan wajah Face ID pada iPhone X dengan tidak menyertakan pengimbas cap jari Touch ID. Malahan sudah kedengaran ura-ura Face ID akan digunakan pada kesemua peranti iOS bermula tahun hadapan. Sebab yang diberikan ialah Face ID selebih selamat berbanding Touch ID. Tetapi apakah kontra kepada penggunaan Face ID? Menurut laporan Tom’s Hardware, perbezaan paling ketara di antara dua sistem ini ialah kepantasan menyahkunci peranti. Apabila menggunakan Touch ID, peranti dapat dinyakunci dalam masa  0.9 saat . Face ID pula memerlukan  1.48 saat  untuk peranti dinyahkunci. Ini adalah kerana skrin perlu dihidupkan terlebih dahulu (menggunakan Raise to Wake) sebelum wajah diimbas dan kemudian pengguna perlu menatal skrin ke atas untuk menyakunci. Bandingkan dengan Touch ID di mana hanya jari perlu menekan butang  home  dan sistem menyahkunci terus tanpa sebarang tatalan jari pada skrin. Perbezaan masa nyakunci ini adalah k...

Face ID Tidak Akan Berfungsi Sekiranya Peranti Tidak Di Dalam Posisi Menegak

Image
Face ID ialah percaturan Apple untuk menjadikan peranti lebih selamat. Ia dikatakan lebih sukar ditumpaskan berbanding Touch ID. Ramai pengguna yang sedikit risau peranti boleh dinyakunci ketika mereka sedang tidur. Sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana Face ID tidak akan berfungsi sekiranya iPhone X tidak di dalam posisi menegak. Ini disahkan sendiri oleh laporan beberapa pengguna di laman media sosial yang cuba menyahkunci iPhone X ketika sedang berbaring.  Accelerometer  mengesan peranti dalam posisi mendatar dan Face ID tidak akan berfungsi. Ini menyelesaikan kerisauan peranti dinyakunci ketika pengguna sedang tidur dengan mata terbuka. Bagi yang kurang arif, Face ID memerlukan mata pengguna dibuka sebelum membenarkan nyahkunci. Apple telah memikirkan situasi kelemahan yang mungkin wujud pada sistem imbasan wajah mereka supaya pengguna tidak perlu risau.Tetapi ia mewujudkan masalah baru di mana pengguna perlu memasukkan kod laluan setiap kali peranti ingin dinyahkunci...

Set Import iPhone X Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Mencapai RM10k

Image
iPhone X adalah telefon berspesifikasi tinggi dengan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding iPhone 8 daripada Apple. Bermula minggu ini, telefon pintar ini telah ditawarkan di beberapa buah negara – termasuk di negara jiran kita, Singapura. Buat masa ini, Apple masih belum mengumumkan bilakah iPhone X akan ditawarkan di Malaysia, namun pengeluar peranti terkemuka berkenaan  telah mengumumkan harga jualan tempatan untuk iPhone X . iPhone X berharga RM5149 untuk versi 64GB di Malaysia, dan berharga RM5899 untuk versi 256GB di Malaysia. Walaupun Apple telah mengumumkan harga jualan rasminya, tetapi ia tidak menghentikan penjual peranti daripada mengimport set dari Singapura dan beberapa negara lain, dan menjualnya di Malaysia. Terdapat beberapa penjual yang telah mula menawarkannya pada harga sekitar RM7k ke RM8k, malah ada yang kami lihat menawarkannya pada harga mencapai RM10k. Seperti biasa, bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkannya, mungkin boleh ke Singapura untu...

iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Mula Ditawarkan Pada Diskaun Sehingga 11% Di Malaysia

Image
Pada minggu lepas,  kita sedia melihat iPhone 8 dijual pada harga potongan diskaun mencapai 20% di China . Kini, di Malaysia sendiri, ia dilihat Lazada telah mula menawarkannya pada harga diskaun sehingga 11% untuk model iPhone 8 Plus, dan sehingga 10% untuk model iPhone 8. Menariknya adalah set yang dijual ini bukan oleh pihak ketiga, tetapi oleh Lazada sendiri – dan hadir dengan jaminan Apple Malaysia. Melalui penyenaraian, iPhone 8 64GB ditawarkan pada harga RM3299, sementara iPhone 8 Plus 64GB pula ditawarkan pada harga RM3699. Dengan permintaan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang sedikit rendah – dan lebih ramai menantikan iPhone X, tidak mustahil kita melihat beberapa penjual lain turut mengikut jejak untuk melakukan perkara sama.

Skrin iPhone X Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Image
Pada Ogos yang lalu,  skrin Samsung Galaxy Note 8 telah ditabalkan sebagai yang terbaik pada peranti pintar  menurut ujian  DisplayMate . Takhta ini telah dirampas oleh iPhone X setelah DisplayMate melakukan ujian terbaru mereka. Skrin OLED yang digunakan walaupun dihasilkan oleh Samsung tetapi mengikut rekaan yang diberikan oleh Apple. Keterangan purata skrin iPhone X ialah 625 nits berbanding 423 nits pada Samsung Galaxy Note 8. Skrin Note 8 boleh mencecah tahap keterangan maksimum 1240 nits berbanding 804 nits pada iPhone X. Menurut DisplayMate keterangan purata adalah lebih penting bagi paparan imej yang sekata. Teknologi  Diamond Sub-Pixels  yang digunakan oleh Apple menyebabkan paparan yang bukan sahaja lebih terang tetapi apabila digabungkan dengan teknologi True Tone memaparkan warna yang lebih tepat. Tahun ini Apple menggandakan usaha mereka dan hasilnya ialah kemampuan kamera dan skrin yang menerima pujian ramai. Oleh sebab itulah harga jualan...

Jualan Tablet Terus Merudum Untuk 12 Suku Berturut-turut Tetapi Apple Masih Ditangga Teratas

Image
Apabila iPad dilancarkan pada tahun 2010, ia menjadi tablet yang paling popular di pasaran. Ini adalah kerana saiz skrin telefon pintar pada waktu tersebut secara purata masih di bawah 5″. Tujuh tahun telah berlalu dan permintaan terhadap tablet kini telah banyak menurun. Kewujudan telefon pintar dengan skrin yang semakin besar membuatkan tablet tidak lagi diperlukan. IDC telah mengeluarkan angka terbaru jualan tablet untuk suku ke-tiga 2017. Untuk dua belas suku berturut-turun, jualan tablet merudum. Pada suku yang lalu sebanyak  40 Juta  tablet dijual dan ini adalah penurunan berbanding  42.3 Juta  pada suku yang sama tahun lalu. Ini bersamaan dengan penurunan  5.4%  tahun demi tahun. Apple memegang peratusan pasaran terbesar dengan 25.8% diikuti oleh Samsung (15%), Amazon (10,9%), Huawei (7.5%) dan Lenovo (7,4%). Apple, Amazon, Huawei dan Lenovo kesemuanya mencatatkan peningkatan jualan. Amazon mencatatkan peningkatan jualan tertinggi iaitu 38.7%....

Apple iPhone X Akan Mula Dijual Di Malaysia Bermula 24 November

Image
Apple Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menjual iPhone X di Malaysia bermula  24 November  kelak. Apple iPhone X adalah salah satu model baru iPhone yang membawa lebih banyak perubahan berbanding model iPhone 8 – dan diperkenalkan bersempena dengan ulang-tahun iPhone ke 10. Melaluinya, ia menyertakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan pengecasan tanpa wayar, kalis air, rekaan skrin menyeluruh tanpa Touch ID, dan juga penggunaan pengecaman wajah 3D dinamakan Face ID. Apple juga memperkenalkan kaedah baru interaksi melalui telefon pintar ini – sedikit berbeza dengan penggunaan iOS yang lain. Bagi anda yang inginkannya, mungkin boleh bersedia mendapatkan ia daripada penjual rasmi tempatan pada penghujung bulan ini, dan  tidak perlu membazir hampir dua kali ganda wang untuk mendapatkannya daripada penjual set import . Apple iPhone X akan ditawarkan dalam dua model di Malaysia, iaitu  64GB pada harga RM5149  dan model 2...

Apple iPhone X Menerima Skor DxO Sebanyak 97

Image
DxO merupakan salah satu pihak yang membuat ujian penanda aras untuk sokongan kamera pada peranti mudah-alih dan juga pada kamera digital dan sebagainya. Terkini, dengan pelancaran iPhone X, pihak DxO turut telah mengeluarkan skor DxO untuknya, iaitu berjumlah sebanyak 97. Ini adalah skor keseluruhan yang dikeluarkan oleh DxO – meletakkan iPhone X  setanding dengan Huawei Mate 10 Pro , dan hanya satu skor dibelakang Google Pixel 2. Melalui ujian yang dilakukan oleh DxO, mereka memberikan skor sebanyak 101 untuk rakaman gambar, dan 89 untuk video. Rakaman gambar dikatakan sangat baik pada iPhone X, termasuk penggunaan kesan  bokeh  yang lebih semulajadi. Walaubagaimanapun, ia turut dikatakan sokongan autofocus kadang-kala sedikit perlahan berbanding kebiasaan. Untuk rakaman video, ia turut ditekankan yang mana ia menawarkan penghasilan warna yang jitu, selain penstabilan serta autofokus yang baik. Walaubagaimanapun, rakaman sedikit kurang memuaskan ketika keadaan ca...

Apple Disaman Kerana Dwi-Kamera Yang Digunakan Pada iPhone 7 Plus Dan 8 Plus Didakwa Melanggar Paten

Image
Tahun 2017 ialah tahun saman datang bertali arus kepada Apple. Kes saman melibatkan mereka dan Qualcomm masih belum selesai tetapi sebuah lagi saman baru difailkan oleh syarikat  Corephotonics . Syarikat yang berpangkalan di Israel ini mendakwa Apple telah melanggar paten teknologi dwi-kamera mereka yang kemudiannya digunakan pada iPhone 7 Plus dan 8 Plus. Menurut writ saman yang difailkan, Corephotonics mempunyai beberapa paten sistem dwi-kamera yang meningkatkan kualiti gambar yang diambil. Mereka pernah menghubungi Apple untuk berkongsi teknologi yang dihasilkan. Apple dikatakan memuji teknologi yang diperlihatkan tetapi tidak berminat untuk melakukan kerjasama. Selepas itu Apple telah mengeluarkan iPhone 7 Plus yang merupakan peranti dwi-kamera pertama mereka. Corephotonics mendakwa Apple telah menggunakan rekaan lensa telefoto, zoom optikal dan cara gambar digabungkan menjadi satu imej menerusi dua sensor berbeza milik mereka tanpa kebenaran. Setakat ini hanya iPhone ...