Apple iPhone X Menerima Skor DxO Sebanyak 97

DxO merupakan salah satu pihak yang membuat ujian penanda aras untuk sokongan kamera pada peranti mudah-alih dan juga pada kamera digital dan sebagainya. Terkini, dengan pelancaran iPhone X, pihak DxO turut telah mengeluarkan skor DxO untuknya, iaitu berjumlah sebanyak 97.
DxOMarkIni adalah skor keseluruhan yang dikeluarkan oleh DxO – meletakkan iPhone X setanding dengan Huawei Mate 10 Pro, dan hanya satu skor dibelakang Google Pixel 2.
Melalui ujian yang dilakukan oleh DxO, mereka memberikan skor sebanyak 101 untuk rakaman gambar, dan 89 untuk video. Rakaman gambar dikatakan sangat baik pada iPhone X, termasuk penggunaan kesan bokeh yang lebih semulajadi. Walaubagaimanapun, ia turut dikatakan sokongan autofocus kadang-kala sedikit perlahan berbanding kebiasaan.
Untuk rakaman video, ia turut ditekankan yang mana ia menawarkan penghasilan warna yang jitu, selain penstabilan serta autofokus yang baik. Walaubagaimanapun, rakaman sedikit kurang memuaskan ketika keadaan cahaya malap (atau ketika gelap).
Seperti biasa, anda boleh membaca ulasan penuh DxO untuk mengetahui kajian dan pandangan mereka untuk ujian kamera Apple iPhone X. Di Malaysia, iPhone X akan dijual mulai 24 November ini pada harga bermula RM5149.
https://youtu.be/PgeJ0XYuI2E

Comments

Popular posts from this blog

Set Import iPhone X Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Mencapai RM10k

Face ID Tidak Akan Berfungsi Sekiranya Peranti Tidak Di Dalam Posisi Menegak

Apple Disaman Kerana Dwi-Kamera Yang Digunakan Pada iPhone 7 Plus Dan 8 Plus Didakwa Melanggar Paten