iPhone 7 Dengan Storan 256GB Tidak Lagi Ditawarkan Oleh Apple

Storan yang besar pada peranti adalah antara faktor pembelian peranti oleh pengguna. Pada peranti yang tidak menyokong kad mikroSD, storan yang besar memastikan pengguna tidak perlu risau kekurangan ruang di masa hadapan. Bagi yang inginkan iPhone 7 dan 7 Plus dengan storan 256GB, anda perlu membelinya segera kerana ia tidak lagi akan ditawarkan oleh Apple.Sekiranya anda ke laman rasmi Apple, hanya storan 32GB dan 128GB sahaja ditawarkan untuk kedua-dua peranti. Pilihan storan 256GB hanya ditawarkan pada iPhone 8, 8 Plus dan X. Penghentian model iPhone 7 dengan storan besar ini telah disahkan sendiri wakil Apple menurut laporan Mashable. Sekali kepada mereka yang inginkan model dengan storan terbesar anda perlu membelinya sekarang dari penjual rasmi sebelum ia tidak lagi boleh dimiliki.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Set Import iPhone X Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Mencapai RM10k

Face ID Tidak Akan Berfungsi Sekiranya Peranti Tidak Di Dalam Posisi Menegak

Apple Disaman Kerana Dwi-Kamera Yang Digunakan Pada iPhone 7 Plus Dan 8 Plus Didakwa Melanggar Paten